fbpx

KLIA, KIA terima akreditasi kesihatan global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) telah menerima Akreditasi Kesihatan Lapangan Terbang (AHA) daripada Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI).

Ciri keselamatan di kedua-dua lapangan terbang tersebut ditanda aras berdasarkan panduan Pemulihan dan Permulaan Semula Perniagaan Penerbangan ACI, saranan daripada Pasukan Petugas Khas Majlis Pemulihan Penerbangan Pertubuhan Pe­nerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan amalan industri terbaik.

Aset Malaysia Airports iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di Turki telah menerima akreditasi yang sama awal tahun lalu.

Empat lagi lapangan terbang tempatan bakal menyusul menerima akreditasi tersebut iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Subang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, pentauliahan tersebut membuktikan komitmen berte­rusan pihaknya dalam memastikan tahap keselamatan berada pada paras tertinggi di semua lapangan terbang kendaliannya.

“Kami kekal berwaspada dalam memastikan keselamatan lapangan terbang dan juga penum­pang mengikuti teknologi baharu untuk meningkatkan protokol ke­selamatan.

“Antara ciri yang akan datang di KLIA tahun ini adalah pelaksanaan inisiatif token tunggal yang memanfaatkan teknologi pengecaman wajah untuk perjalanan penumpang lancar tanpa sentuhan.

“Ini adalah sumbangan kami untuk mengembalikan keyakinan untuk perjalanan udara
dan mempercepatkan pemulihan industri,” katanya dalam satu ken­yataan.

Sejak wabak itu bermula, Malaysia Airports telah melaksanakan pelbagai langkah ke­selamatan termasuk penyediaan kemudahan seperti pengimbas terma inframerah, sterilisasi pegangan ultra ungu, pelindung bersin di kaunter, pemeriksaan badan tanpa sentuhan, penanda jarak fizikal dan pembersihan kerap di sekitar terminal.

Program AHA mementingkan langkah dan prosedur kesihatan seperti kebersihan dan pembasmian kuman, jarak fizikal, ke­selamatan kakitangan dan komunikasi penumpang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI