fbpx

Jumpa balik motosikal hilang luar masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Nor Hashim yang disorok di belakang kedai berjaya ditemui semula selepas Nor Hashim membaca ayat quran,zikir dan berdoa dalam kejadian di Panchor, di sini, pagi tadi.

SEREMBAN – Seorang jemaah Masjid Kariah Panchor Jaya berdepan detik cemas apabila motosikal yang diparkirnya di kawasan berhampiran lesap kira-kira pukul 6.40 pagi tadi.

Jemaah berkenaan yang juga Pegawai Pendidikan Daerah Jempol/ Jelebu, Nor Hashim Othman berkata, dia teruja untuk ke masjid susulan pengumuman kebenaran solat berjemaah bagi individu yang lengkap menerima vaksinasi bermula hari ini.

“Selepas solat saya terkejut motosikal jenis Yamaha LC yang diparkir di hadapan masjid telah tiada. Saya hubungi keluarga dan kami berjemaah membaca surah al-Fatihah tujuh kali, surah al-Ikhlas  tujuh kali sebelum berzikir dan berdoa.

“Selepas kira-kira 30 minit hati saya tergerak untuk pergi mencari motosikal dan ia ditemui 800 meter dari tempat ia diletakkan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurutnya, dia berasa sangat bersyukur apabila motosikal yang dibelinya sejak tujuh tahun lalu bagi kegunaan seorang anak semasa belajar di sebuah institusi pengajian tinggi telah ditemui semula.

Terdahulu, Nor Hashim memuat naik kisah tersebut dalam laman Facebook miliknya dan mendapat maklum balas dalam kalangan pengguna media sosial yang berkongsi ikhtiar untuk mencari barangan yang hilang. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI