fbpx

JDT sudah terbayang julang Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON berpeluang memintas catatan Ifedayo sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman selepas mencatatkan 24 gol pada saingan Liga Super musim ini.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora sudah terbayang untuk merangkul piala Liga Super buat kali kelapan berturut-turut selepas kejayaan menundukkan Sabah FC 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam kelmarin.

Mora berkata, pada awal musim lagi skuad Harimau Selatan sudah menanam tekad untuk memastikan kejuaraan yang dimenangi sejak 2014 itu terus kekal berada di bumi Johor dan kini ia hampir menjadi nyata.

Jelasnya, skuad JDT di landasan tepat untuk mempertahankan kejuaraan tersebut setelah berjaya melebarkan kedudukan kepada lapan mata di hadapan pencabar terdekat, Terengganu FC dan memerlukan dua lagi kemenangan untuk bergelar juara liga musim ini.

“Sejak dari awal, sasaran kami adalah untuk memastikan piala Liga Super tidak meninggalkan negeri ini dan terus kekal di dalam kabinet JDT.

“JDT sudah mengharungi lima perlawanan berturut-turut de­ngan nota kemenangan, ia memberi keyakinan buat pasukan untuk mengekalkan momentum bagi mengharungi baki empat perlawanan lagi.

“Melihatkan kepada aksi yang dipersembahkan dan kedudukan kami ketika ini, sudah tentu kami amat mendambakan gela­ran juara itu berbanding sebelum ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, dua ja­ringan oleh Bergson Da Silva pada babak pertama permainan sudah mencukupi untuk menghadiahkan tiga mata buat pasukan Harimau Selatan.

Dalam pada itu, Mora memuji gandingan Safiq Rahim dan Leandro Velazquez yang mengemudi jentera tengah apabila mudah mengucar-ngacirkan benteng pertahanan lawan yang berkampung di kawasan sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI