fbpx

Durian Pulau Perhentian muncul kembali selepas 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kampung mengusung durian dari dusun di Kampung Pulau Perhentian Kecil, Kuala Besut kelmarin.

BESUT – Kebun durian yang terbiar lebih 20 tahun lalu kembali menjadi perhatian penduduk Pulau Perhentian yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Durian tersebut yang ditanam di kawasan berbukit di pulau peranginan terkenal tersebut kini menjadi sumber pendapatan penduduk kampung selepas sektor pelancongan lumpuh.

Seorang penduduk, Zawawi Sulung, 50, berkata, keluar­ganya mempunyai 45 pokok durian yang ditanam oleh arwah datuknya pada tahun 1950-an.

“Secara jujur, kami tidak berapa menghiraukan dusun durian itu disebabkan terlalu sibuk dengan aktiviti pelancongan yang mula rancak di Pulau Perhentian ini bermula tahun 1990-an. Durian yang gugur biasanya dibiar sahaja jadi makanan tupai.

“Begitupun berikutan penutupan sektor pelancongan sejak bulan September tahun ini, kami rata-ratanya hilang pendapatan dan terpaksa kembali kepada kehidupan lama termasuk berkebun dan menangkap ikan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Pulau Perhentian Kecil, Kuala Besut di sini kelmarin.

Zawawi berkata, hikmah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia dan beberapa penduduk kampung lain mula kembali menebas lalang membersihkan dusun durian masing-masing yang sudah lama terbiar.

Pengusaha aktiviti snorkeling itu berkata, sebelum landskap industri pelancongan berkembang pesat pada lebih 20 tahun lalu, Pulau Perhentian merupakan antara pengeluar utama durian, pisang dan mangga bagi daerah Besut.

“Durian Pulau Perhentian pernah menjadi pilihan utama penggemar raja buah masa masa dahulu kerana isinya yang tebal, lemak, manis dan berwarna ku­ning walaupun kategori durian kampung.

“Alhamdulillah, musim ini cuaca baik jadi pohon-pohon durian kami ‘menjadi’ dengan berbuah lebat. Dusun saya sendiri setakat ini sudah lebih 1,000 biji (durian) gugur,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI