ALOR SETAR – Polis menahan dua lelaki di daerah ini yang didakwa menghina Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor menerusi Facebook, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kedua-dua suspek berusia 52 dan 45 tahun itu ditahan di rumah masing-masing di Kepala Batas dan Mergong Perdana.
“Seorang Pegawai Khas Menteri Besar telah membuat laporan polis berhubung komen negatif dan jelek di Facebook milik pemimpin itu.
“Ekoran laporan yang dibuat di Balai Polis Alor Setar pada pukul 10.30 pagi semalam, polis menahan dua lelaki terbabit untuk membantu siasatan pada pukul 5.15 petang dan 6 petang untuk membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.
Katanya, kedua-dua suspek yang merupakan pekerja swasta dan peniaga diberi jaminan polis selepas keterangan mereka diambil semalam. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929