JOHOR BAHRU – Seorang Datuk bandar sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini atas dakwaan menerima rasuah.
SPRM dalam kenyataannya berkata, lelaki berusia 60 tahun itu disyaki melakukan kesalahan itu ketika menjawat jawatan datuk bandar di sebuah PBT lain sebelum ini.
Pegawai kanan itu ditahan pada pukul 3 petang.
“Hasil siasatan mendapati suspek menerima rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek-projek yang dilaksanakan di bawah kendalian PBT terbabit sewaktu beliau menjadi datuk bandar.
“Suspek ditahan ketika hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan di Pejabat SPRM,” jelas kenyataan tersebut.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan itu dan memberitahu, permohonan reman terhadap lelaki itu dibuat di Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi esok.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929