fbpx

Bukan masa berebut kuasa, bersengketa – Tengku Hassanal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah dalam keadaan pandemik Covid-19 melanda negara bukanlah masanya untuk mana-mana pihak berebut kuasa dan bersengketa.

Titah baginda sebaliknya, inilah masanya untuk bersatu padu tanpa mengira anutan agama, warna kulit apatah lagi fahaman politik dalam memenangi peperangan dengan musuh yang tidak kelihatan.

“Dalam keadaan wabak pandemik Covid-19 yang semakin meningkat ini sikap bersatu padu dan tolong menolong amatlah penting untuk kita amalkan.

“Ini bukanlah masanya untuk kita berebut kuasa, ini bukanlah masanya untuk kita bersengketa, ini bukanlah masanya untuk kita banyak bicara tanpa berbuat apa-apa,”katanya dalam kenyataan sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Pahang bagi tahun 1443 Hijrah di sini, hari ini.

Menurut Tengku Hassanal ujian pandemik Covid-19 yang melanda hari ini sudah pasti memberi pelbagai kesan dalam kehidupan seharin termasuk aktiviti agama, ekonomi dan sosial.

Justeru titah baginda selain terus memohon doa agar dijauhkan daripada wabak ini kita wajib tidak berputus asa dan sentiasa berusaha untuk mencari langkah penyelesaian terbaik.

Dalam pada itu baginda menyeru semua pihak termasuk kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan, wakil rakyat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin setempat agar sentiasa cakna kepada rakyat yang memerlukan bantuan semasa pandemik ini.

“Saya tidak mahu ada rakyat saya yang berada dalam kelaparan kerana tidak mempunyai makanan serta keperluan asas untuk meneruskan kehidupan.

“Satu bakul makanan yang berharga lebih kurang RM100 mungkin kecil pada kita tetapi bagi mereka yang susah amatlah besar nilainya,”ujar baginda. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI