fbpx

Arab Saudi keluar permit umrah remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 13,000 permit telah dikeluarkan untuk kumpulan umur tersebut bagi musim umrah tahun 2021 yang bermula semalam. – AFP

JEDDAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membenarkan jemaah tempatan berumur 12 hingga 18 tahun untuk mendapatkan permit umrah sekiranya mereka telah menerima dua dos vaksin lengkap, lapor akhbar Arab News semalam.

Lebih 13,000 permit telah dikeluarkan untuk kumpulan umur tersebut bagi musim umrah tahun 2021 yang bermula semalam.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Abdul-Fattah bin Suleiman Mashat berkata, permit umrah dikeluarkan menerusi aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna yang dilengkapi sistem bersepadu bagi perkhidmatan dan langkah-langkah pencegahan dalam menjamin keselamatan serta kesihatan bakal jemaah.

“Pihak kementerian bekerjasama dengan beberapa pihak berkuasa lain sebelum musim umrah pada tahun ini bagi mewujudkan mekanisme-mekanisme eksekutif serta persekitaran yang selamat untuk para jemaah.

“Para jemaah juga perlu mengikuti prosedur-prosedur keselamatan yang diwujudkan oleh kementerian bagi menjamin keselamatan mereka dan para petugas serta mencegah penularan virus Covid-19,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI