fbpx

60 peratus penduduk Perlis lengkap vaksin 10 hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (kiri) meninjau proses pemberian vaksin di Program Vaksinasi Covid-19 Khas Tanpa Janji Temu di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis hari ini.

KUALA PERLIS – Perlis dijangka mencapai 60 peratus jumlah penduduk yang menerima vaksinasi lengkap Covid-19 dalam tempoh 10 hari lagi seterusnya membolehkan negeri ini memenuhi syarat untuk memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengerusi Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) negeri, Azman Mohd. Yusof berkata, perkara itu mampu dicapai jika pemberian sebanyak 3,000 dos vaksin sehari berjalan seperti biasa dan tidak dikurangkan.

“Sebanyak 67.72 peratus daripada keseluruhan 181,000 penduduk yang layak menerima vaksin di negeri ini sudah menerima suntikan dos pertama. Manakala bagi dos kedua pula, Perlis sudah mencapai sebanyak 49.25 peratus sehingga semalam.

“Ini bermakna, kita hanya perlu sedikit sahaja lagi untuk mencapai 60 peratus untuk bergerak ke fasa berikutnya,” katanya ketika ditemui pada Program Vaksinasi Covid-19 Khas Tanpa Janji Temu di Hotel Putra Brasmana di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI