fbpx

1,000 dos vaksin buat atlet, pengusaha sukan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin (tengah belakang) melihat proses vaksinasi kepada salah seorang atlet sukan hari ini. - ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kerajaan negeri menyediakan kuota sebanyak 1,000 dos vaksin kepada penggiat industri sukan di negeri ini menerusi Program Vaksin Selangor (SelVAX).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd. Khairuddin Othman, pemberian vaksin itu melibatkan atlet dan jurulatih Majlis Sukan Negara (MSN) serta pengusaha industri di bawah Jabatan Belia dan Sukan Selangor.

“Selangor merupakan negeri pertama yang memberi jumlah khusus vaksin kepada mereka di dalam industri sukan di bawah platform SELangkah,” katanya selepas meninjau program vaksinasi atlet dan pengusaha industri sukan Selangor di Hotel De Palma, Seksyen 19, di sini hari ini.

Mohd. Khairuddin berkata, MSN juga sedang bergerak ke sekitar daerah negeri ini bagi mengenal pasti atlet-atlet yang masih belum berdaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI