fbpx

Video, gambar Siti Sarah pengubat rindu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memori Shuib bersama arwah Siti Sarah.

PETALING JAYA – Nama Allahyarhamah Siti Sarah sohor kini di laman Twitter dan diulang kicau lebih 200,000 kali dengan kebanyakan pengguna media sosial itu berkongsi rasa masing-masing yang turut terkesan dengan pemergian ibu kepada empat cahaya mata itu awal pagi tadi.

Ramai dalam kalangan netizen menyatakan baru menyedari betapa pentingnya merakam momen bermakna bersama insan tersayang dan menghargai detik kehadiran mereka dalam kehidupan sementara ini.

Gambar kenangan keluarga Shuib dan arwah Siti Sarah

“Baru saja menonton video Siti Sarah dan Shuib malam tadi sekarang saya lihat lagi video ini selepas pemergian Siti Sarah. 100 kali rasa lebih sedih berbanding kali pertama tengok.

“Benar salah satu sebab menyimpan foto dan merakam orang di sekeliling kita adalah kerana ingin menyimpan kenangan,” ciap pemilik akaun Twitter bernama @tylaazhariie.

“Melihat kembali video yang dirakam Shuib ketika Siti Sarah ketika dia memeluk semua anak-anaknya. Video itu adalah tinggalan paling berharga,” ujar @myraazhr.

“Ambil sebanyak mungkin video dan gambar orang yang anda cintai. Anda mungkin akan melihatnya lagi dan lagi apabila mereka sudah tiada lagi. Anda tidak tidak tahu bila ia merupakan kali terakhir. Sekarang perasaan sudah berubah apabila mendengar lagu Kesetiaan,” kata @dnaalias.

“Sekarang aku faham kenapa perlu rakam momen bermakna walaupun pada masa itu kita rasa menyampah dengan pasangan kita. Sebenarnya untuk tatapan jika rindu saat itu,” tulis Nazatul Amira.

“Sebuah pengakhiran yang terasa menusuk di dada. Tengok suami masih tidur, bayangkan bila bangun pagi dia tiada atau kita yang pergi dulu. Bermaafanlah kita. Hargailah orang tersayang selagi masih ada kesempatan. Sedih betul pagi ini,” ujar Noor Adila.

Rata-rata mereka turut meluahkan rasa sedih dan kehilangan selain turut bersimpati dengan keluarga Allahyarhamah terutama anak-anaknya yang masih kecil dan pastinya amat merindui ibu mereka.

“Saya menangis kerana dia ialah seorang ibu. Anak yang bongsu tidak sempat tengok atau rasa sentuhan ibunya. Hati saya hancur berkeping-keping. Anak-anak yang lain masih kecil,” ujar Elly Thought.

“Tidak sangka ia pelukan dan ciuman terakhir dia kepada anak-anaknya. Kita semua kehilangan dia. Seorang yang sangat ceria. Hantarannya di media sosial ada ketikanya buat saya ketawa,” ujar Shaz yang berkongsi hantaran terakhir arwah sebelum berangkat ke hospital. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI