fbpx

UiTM nikmati kemenangan pertama benam Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UITM berjaya meraih kemenangan pertama untuk saingan Liga Super musim ini daripada 17 perlawanan yang berlangsung. - FB UITM FC

PENANTIAN Universiti Teknologi Mara (UITM) FC untuk meraih kemenangan pertama Liga Super musim ini akhirnya terlerai selepas berjaya menewaskan Perak FC 2-0 di Stadium UITM, Shah Alam malam kelmarin.

Ia adalah kemenangan pertama The Lion Troops selepas terdahulu cuma mampu seri dua kali dan tewas 14 perlawanan dalam 17 aksi yang menyaksikan mereka menghuni tangga tercorot Liga Super ketika ini.

Ketua jurulatih UITM, Reduan Abdullah menganggap ia adalah suntikan moral terbaik buat para pemainnya menghadapi baki saingan terutama menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat pada 13 Ogos nanti.

“Perlawanan ini sengit dan kita terpaksa bekerja keras untuk capai kemenangan. Suntikan moral buat pemain selepas tak dapat memenangi perlawanan sebelum ini.

“Perak juga memberi tentangan dan cuba memenangi perlawanan tetapi kami dapat menjaringkan gol melalui peluang-peluang yang terhidang. Ia amat bermakna buat UITM,” katanya.

Reduan juga memuji impak Sean Giannelli yang dipinjamkan daripada Kuala Lumpur City FC, selepas pemain berdarah campuran Itali-Malaysia itu berjaya meledak gol pertama UITM pada minit ke-30.

“Sebelum ini kita lihat dia kurang berkesan tetapi malam ini (kelmarin) dia tunjukkan satu permainan yang menarik,” jelasnya.

Satu lagi gol UITM dalam perlawanan itu diperoleh menerusi Mohamad Shafiq Al-Hafiz Dawawi pada minit ke-75.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI