fbpx

TFC ungguli aksi derbi Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN TFC, Faisal Abdul Halim melepaskan rembatan ke arah pintu gol Sri Pahang dalam aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak kelmarin. -PUQTRA HAIRRY

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PENGENDALI Sri Pahang, Dollah Salleh, mengakui skuad kendaliannya beraksi di bawah tahap sebenar sehingga mudah ditewaskan 0-2 oleh Terengganu FC (TFC) di laman lawan kelmarin.

Bekas jurulatih Harimau Malaya itu berkata, aksi tidak bermaya skuad Tok Gajah tersebut menyaksikan dua gol mudah dibolosi sekali gus menafikan misi mereka membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

Begitupun, Dollah enggan menyalahkan kesalahan individu sebaliknya menuntut anak buahnya kembali bangkit bagi membawa Sri Pahang keluar daripada zon penyingkiran.

“Malam ini (kelmarin) kelihatan serba tidak menjadi dan kurang bermaya. Saya tidak pasti apa puncanya dan jika persembahan sebegini berterusan, kami tidak akan ke mana.

“Apa yang merisaukan jika Sri Pahang terus tercicir dalam carta liga. Begitupun, saya percaya pasukan akan bangkit dalam perlawanan selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kelmarin.

Sementara itu, pengendali TFC, Nafuzi Zain, menyifatkan gol awal berjaya membantu skuad Sang Penyu  memimpin perlawanan selepas penyerang sandaran, David Da Silva terpaksa dikeluarkan pada minit ke-14.

Nafuzi berkata, kredit wajar diberikan kepada semua pemain yang beraksi mengikut perancangan sejak wisel sepak mula ditiupkan walaupun gagal menambah jaringan pada babak kedua.

“Gol pertama menyuntik lebih keyakinan dan motivasi untuk kami mengekalkan corak permainan seterusnya mengawal tempo perlawanan.

“Walaupun dari awal jelas kelihatan pemain agak keletihan akibat jadual padat, kami berjaya memastikan tiga mata penting untuk terus menghambat Johor Darul Ta’zim di persada liga,” ujar Nafuzi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI