fbpx

Suami baru meninggal, rumah pula terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita warga emas bersama cucu perempuannya berjaya diselamatkan anggota bomba selepas rumahnya di Taman Ampang Jaya terbakar.

AMPANG – Genap sebulan suami meninggal dunia akibat Covid-19, seorang wanita warga emas sekali lagi diuji selepas rumahnya di Taman Ampang Jaya musnah dalam satu kebakaran di sini awal pagi tadi.

Difahamkan, wanita berusia 64 tahun itu tinggal bersama seorang cucu perempuannya yang berusia 14 tahun di rumah berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.55 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

“Seramai 23 pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dan BBP Pandan telah dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati berlaku kebakaran membabitkan bahagian hadapan sebuah rumah satu tingkat yang didiami seorang wanita dan cucu perempuannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Norazam memberitahu, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kebakaran berlaku pada bahagian hadapan rumah mangsa dan anggaran kemusnahan akibat kebakaran ialah 20 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 4.21 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” jelasnya.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI