fbpx

SPRM jamin terus siasat tawaran rasuah Ahli Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius tohmahan yang mendakwa beberapa Ahli Parlimen DAP ditawarkan rasuah seperti wang dan jawatan oleh sesetengah pihak untuk mereka menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

SPRM berkata, pihaknya memberi jaminan akan terus menjalankan siasatan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu tersebut.

“Sehingga kini, SPRM sudah menemui tiga Ahli Parlimen DAP terbabit bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tohmahan tersebut.

“Bagaimanapun, SPRM tidak dapat mengenal pasti identiti sebenar pemilik nombor telefon yang menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp tersebut kepada Ahli Parlimen,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan SPRM Perak akan memanggil Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran bagi membantu siasatan berhubung pendedahannya mengenai tawaran wang RM30 juta dan jawatan sebagai menteri.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad dilaporkan berkata, selain Kulasegaran, pihaknya juga akan memanggil setiausaha sulitnya, Jeremy Chuah untuk direkodkan percakapan.

Pada Sabtu lalu, Kulasegaran mendakwa beliau telah dihubungi seorang individu tidak dikenali yang menawarkan ganjaran berjumlah RM30 juta, kedudukan menteri serta insentif lain sekiranya memberi sokongan kepada kerajaan PN.

Selain Kulasegaran, empat Ahli Parlimen DAP lain yang didakwa turut mendapat tawaran seumpama itu ialah Kelvin Yii (Bandar Kuching), Cha Kee Chin (Rasah) dan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka). -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI