fbpx

Solat di masjid, Kelantan tunggu perkenan sultan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Amar (kiri) menyampaikan sumbangan tablet kepada pelanggan Ar- Rahn di Kota Bharu hari ini. Foto ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Kerajaan negeri menunggu perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V terlebih dahulu sebelum membenarkan individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 untuk menunaikan solat berjemaah dan Jumaat di masjid.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, keputusan untuk membenarkan masjid dibuka tertakluk di bawah bidang kuasa Sultan Kelantan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini.

Menurutnya, secara dasar, perkara itu akan dipersembahkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) untuk mendapat perkenan daripada Tuanku.

“Kita lihat keputusannya nanti. Saya melihat perkara ini (membuka masjid untuk solat berjemaah dan Jumaat) amat baik.

“Keputusan itu sememangnya amat dinantikan kerana rakyat sudah memohon sedikit kelonggaran untuk solat di masjid. Jadi, kita berharap Tuanku dapat menimbang dan memberikan perkenan,” katanya di sini hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI