fbpx

Siti Sarah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Sarah

PETALING JAYA – Siti Sarah Raissuddin yang juga isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini sebentar tadi.

Siti Sarah, 36, yang dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Rabu lalu akibat Covid-19 menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.13 pagi.

Perkara tersebut disahkan sendiri Shuib menerusi satu muat naik di laman Instagramnya hari ini.

Hantaran yang dimuat naik Shuib di laman Instagramnya hari ini.

Sebelum ini, penyanyi lagu Kesetiaan yang hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih berisiko.

Dia kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUKM selepas kesihatannya terus merosot.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI