fbpx

Sasar semua pekerja industri divaksin menjelang September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPV PIKAS. Gambar hiasan

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan yakin dapat mencapai sasaran keseluruhan pekerja sektor perindustrian di negeri ini menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri, Datuk Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, sebanyak 160,000 dos vaksin untuk 80,000 pekerja sektor perindustrian diperuntukan menerusi dua buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri Covid-19 Awam-Swasta (PIKAS) yang dibuka di negeri ini.

“Daripada jumlah itu, 120,000 dos vaksin untuk 60,000 pekerja industri diperuntukan di PPV PIKAS d’Tempat Country Club, Sendayan, manakala bakinya 40,000 dos vaksin untuk 20,000 orang bagi PPV PIKAS D’Cattleya.

“Secara keseluruhan, kita telah mencapai jumlah yang agak tinggi dengan seramai 43,954 pekerja sektor perindustrian di Negeri Sembilan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin,” katanya ketika mengadakan lawatan di PPV D’Cattleya, Senawang di sini hari ini.

Mohamad Rafie berkata, pekerja yang telah melengkapkan suntikan vaksin dos kedua pula sebanyak 17,430 daripada jumlah tersebut.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI