fbpx

RM21juta rokok, arak seludup dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Latif ( tengah) menunjukkan arak dan minuman keras yang dirampas pihaknya di Pelabuhan Utara baru-baru ini.

KLANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan dua sindiket penyeludupan rokok putih dan minuman keras dianggarkan keseluruhan RM21juta dalam empat operasi berasingan di Pelabuhan Utara di sini baru-baru ini.

Serbuan itu dilakukan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Unit II (Selangor) terhadap tujuh buah kontena dipercayai dari Thailand dan China di antara 21 Julai hingga 2 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, berdasarkan siasatan mendapati barangan dagangan dalam kontena-kontena itu diisytiharkan seperti bahan dekorasi, peralatan perkakasan dan lantai laminasi serta kertas tandas bagi mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, hasil pemeriksan kemudiannya menemukan 20 juta batang rokok jenama U2 dan 1.78 juta rokok jenama Zon King.

“Bagi minuman keras pula merampas 39,902 liter pelbagai jenama. Kesemua barangan rampasan itu dipercayai untuk pasaran tempatan di negara ini.

“Pengimport dan ejen yang berusia 35 hingga 42 tahun turut ditahan dengan siasatan lanjut berhubung sedang dijalankan pihak kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Abdul Latif, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976  dan kedua-dua akta tersebut memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM500,000 atau kedua-duanya sekali, sekiranya disabitkan kesalahan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI