fbpx

Pemilik restoran disyaki ketua sindiket dadah antara ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SURINA (kanan) menunjukkan dadah methamphetamine dan ganja yang dirampas dalam beberapa serbuan di negeri ini dan Selangor sejak Rabu lalu.

KANGAR – Tujuh lelaki termasuk seorang pemilik restoran yang juga dalang sindiket pengedaran dadah jenis ganja dan methamphetamine ditahan polis dalam tujuh serbuan berasingan di negeri ini dan Selangor sejak Rabu lalu.

Tangkapan tersebut melibatkan suspek berusia antara 27 hingga 51 tahun dengan rampasan ganja seberat 161.76 kilogram (kg) dan methamphetamine seberat 4.12 kg bernilai kira-kira RM603,920.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, serbuan pertama berjaya menahan seorang suspek dan merampas ganja seberat 161.76 kg dengan nilai pasaran RM404,400 di sebuah rumah kampung di sini pada pukul 10 pagi, 4 Ogos lalu.

Katanya, susulan itu, serbuan kedua dilakukan di sebuah taman perumahan pada pukul 12.30 tengah hari dan polis merampas methamphetamine seberat 800 gram, seterusnya membawa kepada serbuan ketiga pada pukul 11.30 malam hari sama dan berjaya memberkas tiga lagi suspek.

“Hasil soal siasat ke atas semua suspek, pada pukul 1.20 petang keesokan harinya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menyerbu sebuah rumah di taman perumahan di Kangar dan menjumpai methamphetamine seberat 3.32 kg yang disembunyikan di dalam bungkusan teh dan kotak restoran makanan segera.

“Susulan serbuan itu, pada pukul 4 petang pula kami berjaya menangkap seorang lagi suspek di Padang Besar hasil pendedahan daripada rakan sejenayahnya. Seorang lagi suspek ditangkap keesokan harinya di Beseri, Padang Besar pada pukul 12 tengah hari,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, ketua sindiket yang juga pemilik restoran di Selangor berusia 27 tahun ditangkap di Sungai Buloh pada pukul 1.40 petang oleh JSJN Bukit Aman pada Jumaat lalu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI