fbpx

Pembantu tabir IPD didakwa pecah amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang pembantu tadbir kewangan sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan pecah amanah bernilai RM22,234 di antara Januari hingga Jun tahun lalu.

Tertuduh, Nurul Shima Mohd. Jelani, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pembantu tadbir kewangan di sebuah IPD negeri ini telah melakukan pecah amanah RM22,234 dengan tidak memasukkan wang itu ke dalam akaun sebuah bank atas nama perbendaharaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Kesalahan itu dilakukan di IPD Klang Utara di Taman Sungai Kapar Indah di antara 7 Januari sehingga 14 Jun tahun lalu.

Sabit kesalahan boleh penjara sehingga 14 tahun dengan sebat dan denda mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Zatil Hidayah Ali menawarkan jaminan RM20,000 manakala tertuduh diwakili Peguam Aiman Abdul Rahman memohon pengurangan jaminan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM8,000 bersama seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 24 September depan. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI