fbpx

Mayat penyelam ditemui bersama balang oksigen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat penyelam lengkap dengan balang oksigen ditemui lemas semalam.

KLANG – Seorang lelaki dipercayai penyelam yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu ditemui lemas semalam kira-kira 8.7 batu nautika barat daya Sungai Besar, Sabak Bernam.

Mayat dikenali Calvin Patrick Lazaroo, 27, ditemui pukul 3 petang oleh nelayan sebelum memaklumkan kepada Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohd. Rosli Kassim berkata, pasukan carilamat Maritim Malaysia berserta bot Pasukan Polis Marin bertindak ke lokasi kejadian sebelum berjaya mengesan mangsa dalam keadaan terapung kira-kira 6 petang.

“Mayat ditemui lengkap berpakaian penyelam berserta balang oksigen sebelum dibawa ke Jeti Nelayan Sungai Besar.

“Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Sabak Bernam untuk proses pengecaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang penyelam bebas dilaporkan hilang kira-kira pukul 10.30 pagi pada 3 Ogos lalu semasa melakukan selaman bagi tujuan mengikat tali pada bot karam bersama tiga rakannya berhampiran Sungai Besar di sini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI