fbpx

Lelaki India direman tujuh hari kes bunuh gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ( tengah ) bersama Peguam Navin Punj selepas permohonan reman hari ini.

SHAH ALAM – Seorang gelandangan lelaki warga India direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan pembunuhan wanita berusia lingkungan 60an, Julai lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nuur Fakhizaa Abu Bakar selepas membenarkan permohonan daripada Polis Diraja Malaysia ( PDRM ).

Suspek berusia 60 itu pula diwakili Navin Punj.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati kejadian dikatakan berlaku susulan suspek berada dalam keadaan mabuk.

“Suspek dikatakan masuk ke negara ini secara sah pada empat tahun lalu sebelum menjadi gelandangan.

“Mangsa yang berasal dari Klang juga merupakan seorang gelandangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki yang dikesan sejak dua minggu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Taman Seri Muda, Seksyen 25 di sini berakhir apabila ditangkap pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penangkapan lelaki berusia 60 tahun dan merupakan warga India itu dilakukan pukul 9 pagi di Jalan Batu 8, Bukit Kemuning Seksyen 25 di sini. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI