RIO DE JANEIRO – Sebuah laut di Brazil mendapat jolokan sebagai laut ‘Coca-Cola’ berikutan air lautnya yang berwarna coklat kehitaman, lapor laman Oddity Central, kelmarin.
Warna kehitaman air laut Lagoa da Araraquara itu adalah hasil kepekatan iodin dan besi yang digabungkan dengan pigmen daripada rumput alang-alang berdekatan pantainya.
Ia terletak di selatan pantai Rio Grande do Norte, kira-kira 100 kilometer dari bandar Natal.
Laut Coca-Cola merupakan antara tarikan paling luar biasa di Brazil.
Lokasi ini menjadi tumpuan pelancong terutama kanak-kanak namun ramai golongan dewasa yang kurang selesa dengan air lautnya yang berwarna gelap.
Ini kerana air laut gelap seolah-olah menandakan bajawa tahap kebersihan di kawasan itu seperti tidak terjamin.
Selain itu, terdapat juga segelintir individu yang mempercayai bahawa warna gelap Laut Coca-Cola mempunyai manfaat kesihatan tersendiri. -Agensi