fbpx

Kerajaan pertimbang suntikan vaksin walk-in kepada ibu mengandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

LENGGONG – Kementerian Kesihatan sedia mempertimbangkan cadangan untuk ibu mengandung mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 secara jumpa terus atau ‘walk-in’.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, cadangan itu merupakan langkah yang baik bagi membolehkan ibu dalam tempoh kehamilan 14 hingga 33 minggu diberi suntikan vaksinasi secepat mungkin.

Katanya, ibu mengandung merupakan antara golongan berisiko dan suntikan tersebut dapat mengelak berlaku risiko tidak diingini.

“Mereka ini termasuk dalam golongan berisiko disebabkan oleh perubahan diri, hormon dan apabila kandungan makin besar, akan ada banyak risiko lain.

“Bagaimanapun, belum ada pengumuman khusus untuk mereka, yang ada sekarang adalah untuk golongan berusia 60 tahun ke atas dan berisiko untuk diselesaikan secara walk-in di seluruh negara,,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI