PETALING JAYA – Jenazah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin selamat tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak dekat sini sebentar tadi.
Terdahulu tinjauan Kosmo! mendapati van yang membawa jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan tersebut kira-kira pukul 12.40 tengah hari selepas bergerak dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira pukul 12.13 tengah hari.
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam membawa ahli keluarga Allahyarham kelihatan menyusuli van jenazah tersebut.
Anggota polis memaklumkan hanya ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan memasuki kawasan tanah perkuburan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929