fbpx

Hamzah arah polis siasat laporan MP ditawar rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah.

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan terperinci dan menyeluruh terhadap semua laporan polis berhubung dakwaan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang menerima mesej berunsur rasuah melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, selain merujuk laporan-laporan polis tersebut kepada pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM), siasatan juga dilaksanakan bagi menentukan kesahihan dakwaan yang dibuat oleh pihak terlibat.

“Kementerian Dalam Negeri akan memastikan tindakan tegas tanpa kompromi diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti melakukan kesalahan jenayah.

“Ini termasuk pihak yang membuat laporan polis yang palsu dan fitnah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berkata, pihaknya memandang serius tohmahan yang mendakwa beberapa Ahli Parlimen DAP ditawarkan rasuah seperti wang dan jawatan oleh sesetengah pihak untuk mereka menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

SPRM berkata, setakat ini pihaknya sudah menemui tiga Ahli Parlimen DAP terbabit bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tohmahan tersebut.

Dilaporkan seramai empat Ahli Parlimen DAP  didakwa mendapat tawaran rasuah antaranya wang berjumlah RM30 juta dan jawatan menteri. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI