fbpx

‘Hadiah istimewa ini khas buat Pak Awang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN ahli keluarga Azizulhasni bersorak ketika menyaksikan perlumbaan akhir acara keirin di rumah mereka di Kampung Nibong Stesen, Dungun semalam.

DUNGUN – Kejayaan jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat perak dalam acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam dianggap sebagai hadiah paling istimewa buat seluruh keluarga terutama ayahnya, Awang @ Muda Embong, 72.

Abang ipar Azizulhasni, Mohd. Razman Mohamad, 36, berkata, seluruh keluarganya berkumpul di rumah mereka di Kampung Nibong Stesen di sini sejak awal pagi untuk sama-sama menyaksikan detik penuh bersejarah itu.

“Semua orang mengharapkan dia memenangi pingat emas pertama buat negara, tetapi bagi kami, kejayaan Jijoe (Azizulhasni) meraih perak sudah cukup membanggakan.

“Dia tampil dengan penuh bersemangat sepanjang perlumbaan sehingga mencetuskan debaran dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui di rumah­nya di Kampung Nibong Stesen di sini semalam.

AWANG

Jelas Mohd. Razman, sudah menjadi kebiasaan Azizulhasni untuk menghubungi keluarga bagi bertanya khabar dan memohon didoakan sebelum beraksi dalam mana-mana perlumbaan.

“Dalam mengejar cita-cita­nya, dia tidak pernah lupa atau mengabaikan keluarga terutama ibu bapanya. Kami sempat berhubung semalam (kelmarin).

“Melihat kepada prestasinya dalam acara keirin sejak semalam (kelmarin), ada peluang untuk pingat emas tetap tidak sangka strategi pemenang, Jason Kenny lebih menjadi,” katanya.

Mohd. Razman berkata, apa yang lebih penting, kejayaan memenangi perak itu merupakan hadiah paling bermakna kepada bapa mertuanya.

“Walaupun kesihatan ayah agak merosot akibat strok, dia tetap tidak melepaskan peluang menonton perlumbaan yang di­sertai Azizulhasni,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI