fbpx

Gambar bayi tular, bukan anak Sarah, Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular sejak pagi tadi gambar bayi dikatakan anak bongsu Sarah dan Shuib yang lahir Jumaat lalu.

PETALING JAYA – “Itu bukan Ayash Affan.”

Demikian kata Pengurus Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Nana Mohamad Rom mengenai gambar wajah bayi yang tular dalam laman sosial sejak pagi tadi.

Nana yang juga pemilik syarikat pengurusan Indigital Music itu menafikan bayi berkenaan ialah anak ke empat penyanyi itu dengan Shuib yang dilahirkan pada Jumaat lalu.

Katanya, Ayash Affan yang dilahirkan ketika baharu memasuki usia lapan bulan dalam kandungan itu kini masih diletakkan di dalam inkubator.

“Saya mohon jangan sebar foto itu lagi. Kami minta tolong jaga sensitiviti keluarga Shuib ketika ini.” katanya.

Luah Nana, dia yakin Shuib akan tetap berkongsi gambar Ayash Affan apabila tiba masanya nanti.

“Minta bagi dia ruang untuk selesaikan urusan pengebumian ini. InsyaAllah dia akan kongsikan foto anaknya,” katanya lagi.

Allahyarham Siti Sarah, 36, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat COVID-19, pukul 5.13 pagi tadi.

Terdahulu, Jumaat lalu Allahyarham melalui prosedur pembedahan bagi mengeluarkan bayinya namun masih belum sedarkan diri selepas lebih 48 jam ditidurkan.

Enam tahun menanti kehadiran zuriat keempat, namun kuasa Tuhan tiada siapa yang mampu menghalang.

Keadaan bayinya yang diberikan nama Ayash Affan sihat tetapi dalam pemantauan disebabkan lahir tidak cukup bulan.

Selain Ayash, Siti Sarah dan suaminya, Shuib dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI