fbpx

Gabenor larang kenakan syarat vaksin untuk dapat bantuan sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gabenor DKI Jakarta, Anies (kiri sekali) meninjau proses pemberian Bantuan Sosial Non Tunai (BSNT) berupa beras di Gudang Food Station, Tjipinang Jaya, 29 Julai lalu. - Suara.com

JAKARTA – Gabenor Daerah Khusus Ibukota Jakarta Raya (DKI) Jakarta, Anies Baswedan menegaskan pihak berkuasa tidak dibenarkan meletakkan syarat vaksinasi bagi penduduk mendapatkan bantuan sosial, lapor laman Suara.com baru-baru ini.

“Tidak boleh kerana ia melanggar peraturan. Jika bantuan diberikan dan penerimanya disarankan mengambil vaksin, tidak mengapa.

“Namun, sekiranya bantuan diberikan dengan syarat sudah menerima vaksin, itu tidak dibenarkan,” kata Anies.

Jelasnya, penyaluran bansos termasuk dalam aktiviti kemanausiaan dan tidak dibenarkan terikat dengan syarat khusus.

Bansos juga merupakan hak penduduk yang terkesan akibat pelaksanaan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) Darurat tahap empat di Jawa dan Bali, khususnya di DKI Jakarta.

“Semua kegiatan kemanusiaan tidak boleh disertakan dengan syarat kerana bansos adalah untuk kelangsungan hidup rakyat semasa perintah darurat,” kata Anies.

Sebelum ini, Kampung Utan Panjang melaksanakan polisi bahawa hanya mereka yang sudah divaksin boleh mengambil Bantuan Barangan Bukan Tunai (BPNT).

“Tujuannya adalah bukan untuk menyusahkan penduduk, kita hanya mahu beri dorongan supaya proses vaksinasi boleh disegerakan,” kata Ketua kampung Utan Panjang, Amadeo. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI