fbpx

Durian kampung Terengganu berkualiti premium dijenamakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Durian lingai yang memenangi pertandingan Durian Kampung Premium peringkat Terengganu di Kompleks Pertanian Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu berhasrat untuk menjenamakan durian-durian kampung keluaran negeri tersebut yang berkualiti tinggi bagi meningkatkan nilai komersialnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata, inisiatif tersebut bertujuan untuk meningkatkan nilai durian kampung terbabit agar dapat dipasarkan sesuai dengan kualitinya.

“Terengganu sebenarnya mempunyai banyak durian kampung berkualiti tinggi namun kurang popular sehingga tidak disedari ramai.

“Penjenamaan semula durian kampung berkualiti premium ini diharap dapat meningkatkan martabatkan sekali gus memberi keuntungan berganda kepada pengusaha,” katanya ketika ditemui pada pertandingan Durian Kampung Premium peringkat Terengganu di Kompleks Pertanian Ajil di sini hari ini.

Durian Lingai yang ditanam di Kampung Gong Lingai, Kuala Nerus telah dinobatkan sebagai juara sekali gus mengetepikan 39 jenis durian kampung lain pada pertandingan tersebut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI