fbpx

Bilangan penganggur meningkat 768,700 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA -Pengangguran di Malaysia kembali meningkat kepada 768,700 orang atau pada kadar 4.8 peratus Jun lalu selepas merekodkan penurunan bagi tempoh empat bulan berturut-turut sebelum ini.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, berdasarkan laporan Statistik Tenaga Buruh Malaysia Jun 2021 itu, peningkatan tersebut melibatkan pertambahan 40,600 bilangan penganggur berbanding bulan Mei yang merekodkan 728,100 orang.

Beliau berkata, bilangan penganggur tidak aktif iaitu golongan yang percaya tiada pekerjaan tersedia merekodkan pertambahan sebanyak 7,600 iaitu 125,800 orang pada Jun berbanding hanya 118,200 pada bulan sebelumnya.

Menurutnya, trend sama juga dilihat dalam penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan dengan peningkatan sebanyak 33,000 ribu orang dengan merekodkan 642,900 penganggur pada Jun berbanding 609,900 pada Mei lalu.

“Mereka yang menganggur kurang dari tiga bulan pula merangkumi 52.3 peratus daripada penganggur yang aktif manakala 9.8 peratus adalah mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI