fbpx

Bekas pengarah buat tuntutan palsu didenda RM700,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuantan pagi tadi. - IHSAN SPRM

KUANTAN – Seorang bekas pengarah syarikat pembinaan didenda RM700,000 selepas mengaku bersalah mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini.

Tertuduh, Lee Teh Hok, 66, didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bera pada April 2014.

Pendakwaan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengemukakan dokumen tuntutan palsu sebagai tulen bagi projek naik taraf dan kerja tanah Jalan FT1510 Seksyen 1-18 Daerah Bera bernilai RM17.8 juta.

Wan Shaharuddin mencadangkan tertuduh dikenakan denda antara RM500,000 hingga RM1 juta, namun peguam mewakili tertuduh, Lim Kon Keen meminta mahkamah mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh dan kerjasama diberikan sepanjang siasatan berjalan.

Kon Kean turut memaklumkan bahawa anak guamnya sudah bersara sejak tiga tahun lalu dan kini menghadapi pelbagai penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi yang memerlukan rawatan secara berterusan.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain kemudiannya memutuskan tertuduh dikenakan denda RM700,000 atau dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda ditetapkan mahkamah itu.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI