PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bintang seni tanah air, Siti Sarah Raisuddin yang kembali ke Rahmatullah, hari ini.
Istana Negara menerusi laman Facebook menyatakan, baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih di samping berharap seluruh keluarga Allahyarhamah sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu ini.
“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” demikian menurut hantaran itu sebentar tadi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929