fbpx

Agong, Raja Permaisuri ucap takziah buat keluarga bekas pelumba negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas pelumba kebangsaan, Ishak Alwi yang meninggal dunia kelmarin.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas pelumba kebangsaan, Ishak Alwi yang meninggal dunia kelmarin.

Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi hari ini menyatakan, baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih di samping berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu ini.

“Jasa, khidmat serta bakti Allahyarham kepada negara amat dihargai dan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada sukan lumba basikal negara.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” demikian menurut hantaran itu.

Allahyarham merupakan adik kepada seorang lagi pelumba basikal negara, Rosman Alwi yang terkenal dengan acara pecut dan satu kilometer ujian masa pada era 80-an.

Allahyarham turut pernah mewakili pasukan lumba basikal kebangsaan dalam Kejohanan Remaja Dunia di Paris, Perancis pada tahun 1984. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI