fbpx

12 dicekup mulakan kerjaya terlibat aktiviti perjudian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Komputer riba dan telefon bimbit yang digunakan suspek untuk bekerja mempromosikan perjudian dalam talian.

MELAKA – Sekumpulan 12 individu golongan muda dicekup selepas dikesan memulakan alam pekerjaan dengan terlibat dalam kegiatan perjudian haram dalam talian, Jumaat lalu.

Kesemua sembilan lelaki dan tiga wanita tempatan berusia antara 18 hingga 28 tahun itu diberkas kira-kira pukul 6.30 petang di sebuah rumah di Taman Paya Rumput Perdana di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan kesemua suspek dipercayai sedang menjalankan kegiatan promosi perjudian melalu ‘calling centre’.

“Hasil soal siasat, kesemua mereka mendakwa telah ditawarkan pekerjaan sambilan tersebut dengan bayaran gaji antara RM2,500 sehingga RM3,000 sebulan.

“Kita juga percaya kegiatan itu telah aktif sejak sebulan lalu dan dalang sindiket ini menyasarkan golongan muda yang ingin memulakan pekerjaan dengan cara mudah, namun bergaji lumayan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, modus operandi kumpulan itu adalah melakukan promosi menerusi laman sosial Facebook, aplikasi WhatsApp dan Telegram, manakala transaksi dibuat menggunakan perbankan dalam talian.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI