fbpx

Wawa beli mesin bantuan oksigen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAWA memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhan suami dan ahli keluarganya yang disahkan positif Covid-19.

PETALING JAYA – Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi pelakon yang juga usahawan, Wawa Zainal selain melahirkan rasa syukur selepas dia dan anak-anaknya disahkan negatif daripada jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun, Wawa tetap reda apabila suaminya, Aeril ­Zafrel telah disahkan positif buat kali kedua selepas menjalani ­ujian calitan baru-baru ini.

Menerusi hantaran dalam Insta­gram, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia benar-benar takut apabila memikirkan tentang pandemik maut yang dilihat seperti tiada kesudahan.

“Alhamdulillah swab (ujian calitan) Wawa dan anak-anak negatif. Allah masih lindungi. Syu­kur ya Rabb.

“Cuma kadang takut, sampai bila kita mampu bertahan daripada Covid ini ya Allah. Risau sangat,” tulisnya.

Pada hantaran sama, pelakon filem Sabda Kekasih itu turut memohon orang ramai mendoakan kesembuhan beberapa ahli keluarganya yang turut disahkan positif virus tersebut.

“Adik-beradik Wawa, anak saudara ada yang positif. Doakan kesembuhan mereka. Cepatlah habis Covid, kau angkatlah virus ini ya Allah. Tak tenang dah kita,” katanya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut mendoakan ke­sejahteraan keluarga Wawa.

Dalam perkembangan lain, Wawa turut mengambil inisiatif dengan membeli mesin bantuan oksigen sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku perkara tidak diingini dan kecemasan di rumah.

“Alhamdulilah Aeril kini baik-baik sahaja. Dia kuarantin di bilik tingkat atas, manakala saya dan anak-anak pula tidur di bawah.

“Mesin bantuan oksigen pun saya sudah beli. Pada masa sama, saya minta dia (Aeril) untuk ke­rap uji tahap oksigen dalam badan menggunakan alat penguji yang dibeli,” katanya.

Terdahulu, Aeril menerusi­ hantaran dalam Instagram mengesahkan dia sekali lagi positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Positif Covid-19 lagi. Tahun ini saja dah dua kali kena. ­Padahal, duduk rumah saja,” luah Aeril.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI