fbpx

Shuk Sahar pernah takut keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUK SAHAR

PERNAH terpalit dengan kontroversi curang, Shuk Sahar mengakui pernah berasa takut untuk keluar rumah bertemu dengan orang sekeliling.

“Ketika itu saya rasa takut, ngeri sehingga takut hendak bersemuka dengan orang lain di luar tetapi sekarang saya akan lawan habis-habisan,” jawab Shuk menerusi satu siaran langsung Instagram berhubung isu video yang ditularkan semula bekas kekasih.

Apa yang dirasakannya itu pada tahun lalu. Shuk kini tidak lagi berasa takut sebaliknya mahu habis-habisan melawan perbuatan wanita itu.

Shuk juga sudah membuat satu laporan polis terhadap wanita tersebut kerana katanya sudah terlalu banyak fitnah yang disebar sehingga menjatuhkan maruahnya.

Benar, memang banyak juga perkara didedahkan oleh wanita terbabit tetapi menurut Shuk, semua video yang dimuat naik oleh wanita itu ialah rakaman lama.

Tidak pastilah pula Diva tentang kesahihannya. Tak apalah, kita tunggu dan lihat saja apa yang akan berlaku nanti. Harapnya ini kali terakhir kita semua mendengar tentang kontroversi curang membabitkan Shuk.

DIVA: Geram kisah artis yang marahkan media kerana tidak dahulukan laporan kehebatan filemnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI