fbpx

Neelofa, Janna Nick ucap tahniah pada Azizulhasni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA dan Janna menitipkan ucapan tahniah kepada Azizulhasni atas kejayaanya meraih pingat perak pada aksi final acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

PETALING JAYA – Kebanggaan rakyat Malaysia. Itulah yang dirasai oleh rakyat Malaysia ketika ini selepas menyaksikan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berjaya meraih pingat perak final acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Kejayaan anak kelahiran Dungun, Terengganu itu turut diraikan oleh beberapa selebriti popular tanah air seperti Neelofa dan Janna Nick.

Neelofa menerusi ciapan Twitternya mengucapkan sekalung tinggi tahniah kepada Azizulhasni atas kemenangannya sebentar tadi.

Tidak ketinggalan , Neelofa turut melahirkan rasa bangganya terhadap seorang lagi pelumba, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berjaya membuatkan rakyat Malaysia berbangga hari ini.

NEELOFA mengucapkan tahniah kepada Azizulhasni dan Shah Firdaus dalam stau ciapan Twitter hari ini.

“Tahniah Datuk Azizulhasni untuk kejayaan pingat perak! Anda dan Shah Firdaus telah membuatkan kami rakyat Malaysia berbangga pada hari ini di pentas Olimpik Tokyo 2020,” ciapnya.

Sementara itu, aktres Janna Nick turut berterima kasih kepada Azizulhasni kerana sekali lagi berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

“Tahniah Datuk Azizulhasni! Terima kasih kerana menyumbang pingat perak dan harumkan nama Malaysia. Kami sangat bangga dengan anda,” komennya dalam InstaStory sebentar tadi.

Selain Neelofa dan Janna, beberapa lagi selebriti seperti Sweet Qismina dan Yuna turut melahirkan ucapan tahniah kepada Azizulhasni.

Untuk rekod, Azizulhasni menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara selepas menamatkan saingan di kedudukan kedua pada aksi final acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.

Pada saingan tersebut, pelumba Great Britain, Jason Kenny berjaya mempertahankan emas yang diraihnya lima tahun lalu sewaktu di Olimpik Rio, Brazil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI