fbpx

Marsyie dikenali peminat sukan berbasikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Marshitah

NAMA gadis kelahiran Pulau Pinang, Nurul Marshitah Abdul Manan, 26, atau lebih mesra di­sapa dengan panggilan Marsyie ini semakin dikenali dalam kala­ngan peminat sukan berbasikal di negeri ini.

Biarpun baru berjinak-jinak dalam aktiviti berbasikal sejak setahun lalu, namun anak kedua daripada tiga beradik ini sudah pun mempunyai ramai kenalan termasuk dalam kalangan ‘geng otai’ menerusi grup media sosial Facebook MyKayuh dan Penang Cyclist.

Bagaimanpun, Marsyie­ yang juga bekas guru sandaran di sebuah sekolah rendah di negeri ini berkata, penularan pandemik Covid-19 ketika ini membataskan aktiviti kayuhannya yang sebelum ini dilakukan secara berkumpulan de­ngan jarak lebih jauh.

Marsyie mula berbasikal sejak setahun lalu.

Kepada Kosmo! Ahad, gadis cantik yang berperwatakan sopan ini berkongsi minat dan tujuannya melakukan aktiviti berbasikal sekali gus tidak kekok memberi pandangan serta harapannya dalam membantu menyekat jangkitan wabak tersebut di negara ini.

Kosmo! Ahad: Sejak bila timbul minat dalam sukan berbasikal?
Marshie: Saya mula ‘jatuh hati’ dengan aktiviti berbasikal sejak menyertai acara larian PDRM Solidarity 2nd Bridge Fun Run 2019. Saya bermula dengan meminjam basikal daripada seorang rakan sebelum membeli sendiri peralatan itu pada Julai tahun lalu. Sejak itu, saya mula mencari kawan baharu di media sosial facebook.

Apakah faktor yang mendorong anda menceburi akti­viti berbasikal?
Saya mendapat dorongan daripada rakan-rakan yang turut berkongsi minat sama dalam aktiviti berbasikal ini selain mempunyai keinginan untuk mencari pengalaman meneroka alam semula jadi dan lokasi menarik di Pulau Pinang.

Anda seorang gadis berhijab. Adakah ia membataskan diri terutama dalam memilih pakaian sesuai untuk melakukan aktiviti berbasikal?
Ya. Menjaga keterbatasan diri adalah satu tuntutan yang perlu dituruti. Namun, ia tidak menjadi masalah kerana terdapat pa­kaian yang menepati dan bersesuaian dengan gadis berhijab.

Marsyie berasal dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang

Adakah pandemik Covid-19 telah membantutkan aktiviti rekreasi ini?
Ya. Kami terpaksa berbasikal secara berasingan serta melakukan jarak kayuhan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Adakah anda berasa tertekan melihat angka jangkitan Covid-19 setiap hari?
Ketika ini, tanyalah siapapun, pasti mereka juga akan berasa tertekan dengan angka yang mencanak naik kian hari. Tetapi, saya yakin dengan pengambilan vaksin, kita dapat mengurangkan kadar jangkitannya sekali gus menyelamatkan diri daripada dijangkiti wabak ini.

Negara masih bergelut de­ngan pandemik Covid-19, apakah harapan anda sebagai rakyat Malaysia?
Harapan saya semoga Malaysia dapat mencapai imuniti kelompok dengan kadar segera supaya rakyat kembali menjalani kehidupan normal seperti sedia kala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI