fbpx

Gajah liar kembali ceroboh kebun Kampung Subong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekebun melihat tanaman pisang yang dimusnahkan gajah liar di kebun mereka di Kampung Subong, Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Lebih 100 pekebun di Kampung Subong di sini kembali resah selepas kebun getah dan buah-buahan mereka sekali lagi diceroboh oleh dua ekor gajah liar sejak empat hari lalu.

Sebelum ini, seekor gajah jantan liar dipercayai mengamuk dan memijak dua ekor lembu ternakan penduduk hingga mati di kawasan kampung itu pada April lalu.

Seorang pekebun, Mokhtar Osman, 42, berkata, kehadiran haiwan liar yang dipercayai dua beranak itu menyebabkan kira-kira 500 tanaman seperti pisang, kelapa dan buah-buahan musnah hanya dalam sekelip mata.

Katanya, ketika keluar untuk mengambil getah sekerap di kebun, dia melihat kelibat dua ekor gajah itu sedang memusnahkan pokok pisang dengan mengeluarkan bunyi yang kuat dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi beberapa hari lalu.

“Saya yang menggigil ketakutan terus melarikan diri kerana bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini sebelum memaklumkan pekebun lain.

“Ketika ini, orang kampung takut untuk kebun bagi mengambil hasil buah-buahan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI