fbpx

Zahida Rafik takut botak sebab vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHIDA RAFIK

PETALING JAYA – Pelakon Zahida Rafik melahirkan kebimbangan sekiranya pengambilan vaksin Covid-19 membuatkan rambutnya botak.

Biarpun sudah lengkap dua dos, Zahida atau nama sebenarnya, Zahida Mohamed Rafik memberitahu, selepas mendapatkan suntikan vaksin pertama tempoh hari, dia mengalami masalah keguguran rambut yang teruk.

“Nak bercerita sedikit, tempoh hari, saya dapatkan dos pertama, rambut saya keguguran terlalu banyak.

“Takut sebenarnya jadi botak. Adakah kalian menghadapi simptom yang sama seperti saya? Sebab keguguran itu terlalu banyak. Menakutkan,” kata pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Anak Mami The Movie menerusi satu muat naik video dalam Instagram miliknya.

Pelakon berusia 46 tahun itu bagaimanapun percaya dengan keberkesanan vaksin dalam mengekang penularan virus maut, Covid-19. Katanya, lambat-laun, golongan antivaksin akan terbuka hati mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin.

PELAKON Zahida Rafik melahirkan kebimbangan selepas mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, masalah keguguran rambut dihadapinya semakin serius.

“Sebenarnya, untuk mendapatkan dos kedua, saya agak takut juga tetapi saya perlu menjalankan tanggungjawab.

“Kepada yang antivaksin, bagi saya mudah, dalam hidup kita ada pilihan. Pilihan terletak di tangan anda sebab vaksin ini untuk diri kalian sendiri.

“Kalau tak suka, terpulang kepada kalian tak payah sibuk jaga tepi kain orang lain. Saya percaya, kalau mereka (antivaksin) dah bersedia nanti, mereka sendiri akan pergi (mendapatkan suntikan),” ujarnya.

Menerusi muat naik video tersebut, Zahida meminta pendapat daripada para pengikut Instagramnya sama ada mereka berdepan masalah yang sama sepertinya iaitu keguguran rambut.

“Lumurkan santan asli, rambut akan sihat, lebat dan tak naik uban. Cuma kena tahan sedikitlah kepala bau santan,” tulis seorang netizen menerusi ruangan komen memberi tips kepada Zahida bagi mengelakkan masalah keguguran rambut selepas mendapat suntikan vaksin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI