SIK – Seorang wanita mendakwa ibunya tersalah menerima vaksin jenis Sinovac untuk dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Al Hana di sini pada Khamis lalu.
Menurut wanita terbabit, Nur Jannah Ramli, 30, ibunya, Melur Ahmad, 58, dari Kampung Selamat B di sini telah disuntik vaksin jenis Sinovac bagi dos kedua sedangkan dos pertama daripada jenis Pfizer.
“Di tempat yang sama semasa menerima dos pertama pada 15 Julai lalu, ibu disuntik vaksin jenis Pfizer tetapi kali kedua vaksin jenis Sinovac pula.
Dakwanya, ibunya memaklumkan jururawat tidak melihat kad vaksinasi yang diterimanya semasa menerima suntikan pertama.
“Bapa saya, Ramli Taib, 57, yang menemani ibu ketika itu memberitahu saya mengenai penerangan pegawai tersebut tentang campuran vaksin yang digunakan oleh negara luar dan jika ada kesan segara hubungi pihak hospital untuk tindakan segera.
“Setakat hari ini, ibu beritahu dia sihat dan tiada sebarang kesan yang memudaratkan dan tidak mahu memanjangkan kes itu,” ujarnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929