fbpx

Urus niaga JPJ di pejabat pos disambung bermula Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelan pemulihan yang dilaksanakan telah membantu mengurangkan kerugian yang dicatat Pos Malaysia.

PETALING JAYA – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan menyambung semula urus niaga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) termasuk urusan pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan di pejabat pos bermula Isnin depan.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun semua urusan tersebut dibuat secara janji temu bagi tujuan keselamatan serta mengelakkan kesesakan di pejabat pos.

Menurutnya, pelanggan boleh membuat janji temu secara dalam talian melalui ciri Outlet Finder di www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia mulai esok.

“Setiap pelanggan hanya dibenarkan menempah satu slot sehari dan dan menjalankan tidak lebih tiga urusniaga setiap janji temu.

“Para pelanggan diminta untuk mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu, pengimbasan kod MySejahtera dan penjarakan fizikal satu meter apabila berada di dalam premis,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Pos Malaysia berkata, pelanggan juga dinasihatkan supaya tidak mengunjungi pejabat pos sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala Covid-19.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Pos Malaysia menerusi AskPos di www.pos.com.my atau seperti yang tersedia di skrin utama aplikasi mudah alih.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI