fbpx

Tiada permohonan bina Taman Tema di Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD Sharkar (empat dari kanan) bersama Norol Azali dan wakil pelbagai agensi ketika melakukan tinjauan di sekitar sangkar ikan patin yang terjejas akibat pembinaan jambatan ECRL di Kampung Tanjung Batu di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Kerajaan negeri tidak pernah menerima permohonan rasmi daripada mana-mana pihak untuk membina taman tema baharu di tanah tinggi Cameron Highlands setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, tiada isu dalam perkara ini memandangkan tiada apa-apa kelulusan diberikan kerajaan negeri setakat ini.

“Walaupun ia adalah tanah persendirian namun pelaksanaan projek taman tema perlu mendapat kelulusan khususnya daripada pihak berkuasa tempatan yang perlu melihat keseluruhan aspek.

“Setakat ini kita sudah ada taman tema di Genting Highlands dan tidak ada apa-apa keputusan di Cameron Highlands, kalau ada permohonan kita kaji dan lihat pandangan semua pihak termasuk orang ramai,”katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke sangkar ikan patin yang terjejas akibat pembinaan jamtanan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kampung Tanjung Batu di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semantan, Datuk Nor Azmi Mat Ludin.

Menurut Mohd. Sharkar sekiranya menerima permohonan ia akan terlebih dahulu dilakukan kajian terperinci dalam memastikan kawasan peranginan yang mempunyai kira-kira 40,000 penduduk itu tidak terjejas.

Katanya, faktor yang akan dilihat termasuklah dalam aspek alam sekitar, kesesakan lalu lintas dan keperluan serta kesan positif dan keuntungan yang diperolehi tanah tinggi itu sekiranya taman tema dibina. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI