KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) terus menghidupkan peluang mencabar kejuaraan Liga Super selepas mudah menewaskan Sri Pahang 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.
Kemenangan dalam aksi derbi Pantai Timur itu membolehkan TFC mengutip 37 mata, lima mata ketinggalan di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Tirai jaringan dimulakan pada minit ke-12 hasil sepakan leret David Da Silva yang melepasi kawalan pertahanan, Herold Goulon sebelum penyerang Brazil itu dikeluarkan akibat kecederaan hamstring.
Kerancakan pelawat menyerang kemudian dihukum oleh bekas pemainnya, Faisal Abdul Halim yang tidak dikawal untuk mudah menanduk hantaran Mohd. Faiz Nasir pada minit ke-24.
Mendahului 2-0, Terengganu bermula baik pada babak kedua namun rembatan lencong Dechi Marcel (m-50) sedikit tinggi melepasi pintu gol lawan.
Kemasukan pemain import, Abubakar Yakubu tetap gagal mengubah corak permainan Sri Pahang sekaligus memaksa skuad Tok Gajah pulang hampa dengan tangan kosong. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929