fbpx

Siti Sarah namakan anak Ayash Affan – Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB bercerita tentang nama pilihan Siti Sarah untuk anak keempat mereka, Ayash Affan malam tadi.

PETALING JAYA – Dilahirkan dua bulan awal bahkan dua bulan juga mungkin akan terus berjuang, bayi lelaki Siti Sarah yang terpaksa dilahirkan secara pembedahan bagi mengelakkan lebih banyak risiko semalam,  kini sudah mempunyai nama.

“Ya, Ayash Affan. Itulah nama anak kami. Sarah yang pilih nama tu. Beriya-iya dia mahu nama Ayash Arfan sebab maksudnya bekerja keras, cerdik, cerdas dan pandai,” ungkap Shuib yang sehingga kini belum dapat melihat wajah anak bongsunya itu.

Perkara tersebut dikongsikan Shuib usai majlis bacaan Yassin dan doa selamat untuk isterinya yang masih belum sedarkan diri, malam tadi.

“Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan isteri saya. Saya tahu ramai yang mengenali isteri saya di sini.

“Tolong doakan anak saya yang masih di hospital. Doakan Ayash Affan, semoga dia jadi anak yang soleh, anak nak kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini. Insya-Allah,” kata Shuib.

Terdahulu, Sarah yang sedang bertarung dengan jangkitan wabak Covid-19 terpaksa ditidurkan bagi menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungannya sekitar pukul 2 petang semalam.

Sarah yang selamat melahirkan anak keempatnya dua jam kemudian bagaimanapun masih belum sedarkan diri hingga kini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI