fbpx

Pantau jualan pelitup muka tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Yunus (kiri) pada Program Movak di Dewan SJKC Nam Hua di Tanjung Piandang dekat sini hari ini.

PARIT BUNTAR – Pengguna diminta berhati-hati dengan penjualan pelitup muka tiruan dan berkualiti rendah dipasaran ketika ini kerana boleh mendedahkan pengguna kepada bahaya Covid-19.

Difahamkan pelitup muka berkualiti rendah itu boleh mengakibatkan pemakainya mengalami kesukaran bernafas selain tali gelung telinga juga agak kasar.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata, pemantauan sentiasa dilakukan bagi mengelak pengguna tertipu.

Menurut beliau, ini termasuk penjualan dalam talian bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan menjual pelitup muka cap ayam atau berkualiti rendah.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak sentiasa membuat pemantauan terhadap perkara ini.

“Setakat ini tiada laporan seumpamanya diterima tetapi kita sentiasa buat pemeriksaan termasuk pada penjual online,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program Mobilasasi Vaksin Komuniti (Movak)di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nam Hua di Tanjung Piandang dekat sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI