IPOH – “Ini misi hidup atau mati kami.”
Begitu pendapat Ketua jurulatih sementara Perak FC, Mohd. Shahril Nizam Khalil mengenai pertemuan dengan UiTM FC dalam saingan liga Super malam ini .
Ini kerana keputusan perlawanan tersebut akan menentukan hala tuju pasukan The Bos Gaurus dalam kancah Liga M tahun depan.
Malah, Shahril menyifatkan baki lima perlawanan bermula malam ini adalah penentuan bagi mereka.
Perak FC kini ibarat ‘nyawa-nyawa ikan’ kerana berada pada ambang penyingkiran ke liga Perdana tahun 2022 gara-gara menduduki kedudukan ke-11 liga Super kali ini.
Perak setakat ini mengutip 13 mata berada tiga mata di bawah Melaka United dan Sri Pahang.
“Perlawanan ini cukup penting kerana akan menentukan kedudukan kami.
“Jika berjaya kutip mata penuh maka peluang keluar dari zon penyingkiran cerah semula dengan syarat pencabar di atas iaitu Melaka United tidak menang. Satu lagi pasukan yang masih boleh dicabar ialah Sri Pahang,” kata Shahril. – K! ONLINE