KUALA SELANGOR – Kuala Selangor menjadi daerah ketujuh diisytiharkan secara rasmi sebagai Majlis Perbandaran berkuat kuasa pada hari ini.
Status baharu pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dimasyhurkan selepas mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, majlis pengsiytiharan secara dalam talian itu dianggap sejarah yang sudah lama dinantikan terutama warga Kuala Selangor.
Katanya, kerajaan negeri yakin pengalaman dan kepimpinan Yang Dipertua MPKS, Rahilah Rahmat serta semangat seluruh warga kerjanya akan terus memacu kegemilangan PBT itu pada masa depan.
“Tahun demi tahun ditempuhi dengan pelbagai cabaran terutama yang berkaitan hal ehwal pembangunan ekonomi, fizikal, dan alam sekitar.
“Namun, berbekalkan usaha dan perjuangan menyeluruh warga kerja MDKS (sebelum ini), akhirnya status perbandaran menjadi milik kalian,” katanya ketika berucap pada Majlis Menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi Pengisytiharan MPKS secara maya hari ini. – K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929